PENGENALAN
Teks ucapan yang berkesan tidak mudah dihasilkan. Teks ucapan yang dapat menarik perhatian khalayak perlu mengambil kira banyak faktor, termasuk tokoh yang menyampaikan ucapan, majlis ucapan itu disampaikan, isu yang hendak diperkatakan, jenis ucapan, tujuan sesuatu ucapan disampaikan, dan juga khalayak. Penggunaan dalil, retorik dan gaya bahasa yang sesuai banyak menentukan kejayaan sesuatu ucapan.
Bengkel ini akan membimbing peserta bagaimana untuk menghasilkan ucapan yang bukan sahaja menarik didengar, tetapi teks ucapan yang sentiasa diburu oleh pihak wartawan dan media kerana sesungguhnya teks yang baik bukan hanya perlu menepati kehendak khalayak sasarannya, tetapi yang tidak kurang pentingnya ialah dapat memenuhi kehendak wartawan media.
Atas kesedaran inilah Medium Books & Consultancy menganjurkan Kursus Menulis Teks Ucapan.

OBJEKTIF
Untuk membimbing mereka yang berminat dalam penulisan teks ucapan tentang teknik penulisan teks ucapan yang berkesan.
Untuk memberikan pemahaman tentang pelbagai peringkat penulisan ucapan daripada mencari bahan hinggalah mengolah bahan untuk ucapan.
Untuk membimbing penulis ucapan tentang pelbagai dalil dan retorik yang dapat dimanfaatkan bagi menghasilkan ucapan yang berkesan.
Untuk mendedahkan pelbagai aspek dan rahsia bagi pelbagai jenis teks ucapan yang diburu oleh wartawan dan pihak media.
BAYARAN PENYERTAAN
Seorang peserta RM750 (tanpa penginapan); RM1,300 (dengan penginapan twin sharing); RM1,600 (penginapan single)
Bayaran akan meliputi kos penceramah, bahan edaran, makan minum, penginapan (bagi yang berkenaan), dan bahan-bahan lain yang diperlukan.
JADUAL TENTATIF

* TERTAKLUK PADA PINDAAN
PENYERTAAN
Penyertaan boleh dibuat dengan mengisi borang yang dilampirkan dan menghantarkannya kepada
Urus Setia
MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
4A, Tkt 1, Jalan 7/1C, Seksyen 7
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-89259085/013-3451700 Faks: 03-89202351
E-mel : mediumbooks@yahoo.com
Laman Web: www.mediumbooks.net
