SASARAN PESERTA
Pegawai tadbir, pembantu tadbir, penolong pendaftar, pembantu penerbitan, setiausaha, kerani, dan orang ramai yang terlibat dalam penulisan dan penyediaan bahan tulisan untuk organisasi.
PENGENALAN
Setiap kakitangan sering ditugaskan untuk menyediakan dokumen rasmi bagi kegunaan institusi masing-masing. Antaranya mereka dikehendaki menulis surat rasmi, minit mesyuarat, memo, kertas kerja, proposal, dan sebagainya. Tugas menyediakan bahan-bahan itu menuntut penguasaan akan format, gaya dan persembahannya, di samping penguasaan bahasa. Penyediaan dokumen rasmi yang sempurna akan mencerminkan kualiti kerja yang ditugaskan kepada mereka.
OBJEKTIF
- Untuk membimbing peserta dalam penyediaan dokumen rasmi yang piawai, khususnya surat rasmi dan minit mesyuarat.
- Untuk memandu peserta tentang pelbagai kaedah dalam penulisan dokumen rasmi dan menyuntingnya.
- Untuk membimbing peserta tentang pelbagai kesilapan yang sering dilakukan dalam penyediaan dokumen rasmi.

PROGRAM
HARI 1
- Pengenalan: Komunikasi rasmi dan komunikasi tidak rasmi
- Dokumen rasmi sebagai instrumen pentadbiran dan pengurusan serta jenis-jenisnya
- Latihan amali menulis surat rasmi
- Mempersembahkan surat rasmi
HARI 2
- Jenis-jenis minit mesyuarat
- Tips dalam menulis minit mesyuarat
- Latihan amali menulis minit mesyuarat
- Mempersembahkan minit mesyuarat
METODOLOGI
- Kuliah dan tumpuan individu oleh penceramah
- Bengkel penyelesaian masalah penulisan dokumen rasmi
HUBUNGI
MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
4A, Tingkat 1, Jalan 7/1
43650 Bandar Baru Bangi. Selangor
Tel: 013-3451700/03-89259085 Faks: 03-89202351
E-mel : mediumbooks@yahoo.com
Laman Web: www.mediumbooks.net
Untuk mendaftar, silalah mengisi borang penyertaan dan memfaks ke 03-89202351 atau email: mediumbooks@yahoo.com
