PENGENALAN
Penulisan artikel ilmiah kini dianggap suatu tugas yang mesti dilakukan oleh ahli akademik. Di mana-mana universiti atau institusi penyelidikan, penulisan dan penerbitan ilmiah menjadi syarat utama untuk kenaikan pangkat. Lazimnya ahli akademik yang menulis dan menerbitkan artikel dalam jurnal yang berwasit akan mendapat kenaikan pangkat seperti pensyarah kanan, profesor madya dan profesor lebih pantas daripada rakan mereka yang tidak berbuat demikian.
Ramai ahli akademik yang tidak memahami cara penulisan artikel untuk jurnal. Mereka tidak tahu apa elemen-elemen yang diperlukan; bagaimana untuk memulakannya; apa perkara yang perlu diberikan tumpuan; bagaimana bentuk fizikal artikelnya; bagaimana untuk berhubung dengan penerbit jurnal; apa hak mereka sebagai penulis artikel; apakah perbezaan artikel jurnal dengan artikel popular, dan sebagainya. KURSUS PENULISAN ARTIKEL ILMIAH 2010 akan memandu para peserta untuk memahami penulisan dan penerbitan jurnal ilmiah dengan lebih mendalam.
OBJEKTIF
Memberikan bimbingan kepada peserta untuk menghasilkan artikel yang sesuai diterbitkan dalam jurnal ilmiah
Menjelaskan elemen-elemen yang perlu ada dalam sesebuah artikel dan peranannya terhadap fokus artikel
Memberikan bimbingan kepada peserta akan langkah dan strategi yang boleh digunakan dalam berhubung dengan penerbit jurnal ilmiah
Menjelaskan proses yang terlibat dalam penerbitan jurnal ilmiah kepada peserta

TAJUK PERBINCANGAN
Medium penerbitan ilmiah
Ciri-ciri artikel ilmiah
Binaan artikel ilmiah
Teknik menulis artikel ilmiah
Penulisan abstrak
Gaya penerbitan dan sistem rujukan
Proses penerbitan jurnal ilmiah
Sistem pewasitan artikel
Visibiliti dan impak artikel ilmiah
Menilai jurnal yang berwibawa
Pengantarabangsaan jurnal
Daripada penyelidikan kepada artikel
Etika dalam penulisan akademik
Hubungan pengarang dengan penerbit jurnal
Penerbitan jurnal ilmiah Malaysia
PEMBIMBING
JADUAL
Jadual di bawah tertakluk pada perubahan

* Tertakluk pada pindaan
PESERTA SASAR
KADAR BAYARAN
RM1,250 (tanpa penginapan)
RM1,750 (penginapan berkongsi)
RM1,950 (penginapan single)
Melainkan hari pertama yang bermula pada 3.00 ptg hingga 10.30 mlnm, kursus setiap hari dimulakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Hari akhir bermula jam 8.30 pg hingga 12.00 tengah hari. Penginapan yang disediakan adalah untuk malam 17, 18, dan 19 Oktober 2010 sahaja dengan tiada makan malam disediakan.
Peserta digalakkan memohon peruntukan kepada Bahagian Sumber Manusia atau Fakulti di institusi masing-masing. Penganjur menerima bayaran secara local order.
TARIKH TUTUP
PEMBIMBING
PROFESOR DR DING CHOO MING--mengajar, menyelidik dan menulis dalam bidang kepustakaan, kesusasteraan, dan sains sosial. beliau juga merupakan pengurus dan editor jurnal serta berpengalaman luas dalam pewasitan artikel untuk jurnal tempatan dan antarabangsa.
PROFESOR MADYA DR NOR EDZAN NASIR--merupakan pakar dalam sains perpustakaan dan penerbitan ilmiah. Beliau telah menghasilkan penulisan yang ekstensif dalam penerbitan jurnal ilmiah Malaysia dan visibilitinya di peringkat antarabangsa.
ROOSFA HASHIM--mantan editor dan kini pensyarah UKM yang banyak memberikan latihan penulisan dan penerbitan ilmiah.

HUBUNGI
Urus Setia
MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
4A, Tkt 1, Jalan 7/1C, Seksyen 7
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: 013-345 1700/03-8925 9085 Faks: 03-8920 2351
E-mel: mediumboks@yahoo.com
Web: www.mediumbooks.net
