MEDIUM   

Books & Consultancy

CONSULTANCY IN WRITING + PUBLISHING +  RESEARCH + MEDIA

 

KURSUS AKAN DATANG

RESEARCH METHODOLOGY FOR UNIVERSITY LECTURERS 22-25 March 2010 Port Dickson Brosur

MEMAHAMI PENERBITAN 4-8 April 2010 Subang Jaya Brosur

PENGUASAAN BAHASA UTK PEMBANTU TADBIR 19-20 APRIL 2010 Putrajaya Brosur

MENULIS DOKUMEN RASMI 21-22 April 2010 Putrajaya Brosur

MEMINDAHKAN TESIS KE BUKU 10-13 Mei 2010 Langkawi Brosur

MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
NO. 4A, TINGKAT 1, JALAN 7/1C
SEKSYEN 7
BANDAR BARU BANGI, SELANGOR 43650

ph: 03-89259085
fax: 03-89202351
alt: 013-3451700


Sebuah bengkel intensif  empat hari untuk pegawai penerbitan, pensyarah, editor, pembantu penerbitan, guru-guru dan orang ramai yang berminat untuk menguasai penyuntingan naskhah. Dikendalikan mengikut modul London Bookhouse oleh pembimbing tempatan yang berpengalaman dan tidak asing lagi dalam industri penerbitan.

 

 

pengenalan

Editor memainkan peranan yang amat penting dalam penerbitan. Peranannya sebagai penghubung di antara pengarang dengan pembaca menjadikan editor menjadi gatekeeper, yang bukan sahaja menentukan apa-apa yang boleh atau tidak boleh disampaikan, tetapi juga menentukan cara penyampaiannya. Atas sifatnya sebagai perantara di antara, pengarang-pembaca, editor harus berkemampuan untuk membantu pengarang dalam menyampaikan ideanya dengan berkesan. Atas kesedaran betapa pentingnya peranan editor dalam penerbitan, Medium Books & Consultancy menganjurkan Kursus Memahami Penyuntingan.

 

objektif

·        Untuk membekalkan editor dengan idea dan pemikiran baharu yang berguna dalam pemantapan profesionalisme mereka.

·         Untuk membiasakan editor dengan sekitaran industri dan teknologi yang berkait dengan profesionalisme mereka.

·         Untuk membantu editor memahami tugas-tugas penerbitan yang lain seperti isu-isu perundangan, pengeluaran, percetakan, dan pemasaran.

·         Untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman editor tentang isu-isu semasa yang berlaku dalam sekitaran tugas mereka.

 

bidang perbincangan

 

HARI SATU

 

  • Memahami pelbagai jenis penerbitan
  • Memahami anatomi buku
  • Proses penerbitan
  • Perbincangan projek penerbitan

 

HARI DUA

  • Penguasaan bahasa dalam penyuntingan
  • Menguasai Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan
  • Kesalahan bahasa dalam penulisan
  • Penguasaan bahasa dalam penyuntingan
  • Memahami tugas-tugas editorial
  • Pemerolehan manuskrip

HARI TIGA

  • Memahami suntingan naskhah
  • Teknologi dan suntingan naskhah
  • Latihan penyuntingan naskhah
  • Penyuntingan bahan bukan teks
  • Penyuntingan elektronik

HARI EMPAT

  • Editor dan perancangan penerbitan
  • Simbol penandaan naskhah dan pruf
  • Pembentangan kumpulan

     
                              
 
                             Hamedi M Adnan       Mus Chairil Samani

pembimbing

  • Profesor Madya Dr Mus Chairil Samani. Dr Mus Chairil merupakan pensyarah penerbitan, penulis buku yang prolifik, pereka bentuk editor, dan pembimbing bengkel yang tidak asing di negara ini. Antara buku yang pernah diterbitkannya ialah Penulisan Rencana Berkesan dan Perekaan Media Cetak.
  • Prof. Madya Dr Hamedi Mohd Adnan. Hamedi juga pensyarah penerbitan, pejuang dunia buku, editor lebih 100 buah judul buku, dan pembimbing bengkel penulisan dan penerbitan. Buku-bukunya tentang penerbitan diterbitkan oleh Penerbit UM, Utusan Publications, Prentice-Hall dan Medium Publications.

peserta

Editor, pegawai penerbitan, penulis, pensyarah, pembantu penerbitan, kakitangan kerajaan dan swasta yang terlibat dalam penyuntingan bahan untuk diterbitkan dan orang ramai yang berminat.

bayaran

  • Seorang peserta RM1,500 (tanpa penginapan); RM2,000 (dengan penginapan twin sharing); RM2,400 (penginapan single)
  • Bayaran akan meliputi kos penceramah, bahan edaran, makan minum, penginapan (bagi yang berkenaan), buku percuma, dan bahan-bahan lain yang diperlukan.
  • Semua peserta akan menerima buku MEMAHAMI PENYUNTINGAN NASKHAH secara percuma.

 

                                        TARIKH TUTUP: 5 Julai 2010

                                                  TEMPAT TERHAD: 30 peserta sahaja

 

hubungi

Urus Setia

MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY

 4A, Tkt 1, Jalan 7/1C, Seksyen 7

43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Tel: 03-89259085/013-3451700  Faks: 03-89202351

E-mel:  mediumbooks@yahoo.com

Web: www.mediumbooks.net

 


 

 

    MEDIUM   

Books & Consultancy

TRAINING IN WRITING+PUBLISHING+RESEARCH+MEDIA

 

 

 

 

MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
NO. 4A, TINGKAT 1, JALAN 7/1C
SEKSYEN 7
BANDAR BARU BANGI, SELANGOR 43650

ph: 03-89259085
fax: 03-89202351
alt: 013-3451700