MEDIUM   

Books & Consultancy

CONSULTANCY IN WRITING + PUBLISHING +  RESEARCH + MEDIA

 

KURSUS AKAN DATANG

RESEARCH METHODOLOGY FOR UNIVERSITY LECTURERS 22-25 March 2010 Port Dickson Brosur

MEMAHAMI PENERBITAN 4-8 April 2010 Subang Jaya Brosur

PENGUASAAN BAHASA UTK PEMBANTU TADBIR 19-20 APRIL 2010 Putrajaya Brosur

MENULIS DOKUMEN RASMI 21-22 April 2010 Putrajaya Brosur

MEMINDAHKAN TESIS KE BUKU 10-13 Mei 2010 Langkawi Brosur

MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
NO. 4A, TINGKAT 1, JALAN 7/1C
SEKSYEN 7
BANDAR BARU BANGI, SELANGOR 43650

ph: 03-89259085
fax: 03-89202351
alt: 013-3451700


pengenalan

Majalah sekolah menjadi alat yang dapat menghubungkan sekolah dengan masyarakat. Justeru, majalah sekolah menjadi cerminan bagi imej sekolah. Segala yang terkandung di dalamnya serta kualiti penerbitannya akan menjadi ukuran terhadap kualiti keseluruhan yang mahu ditampilkan oleh sekolah. Di samping itu, penerbitan majalah sekolah harus diuruskan dengan melibatkan semua pihak (guru, pengurusan, PIBG, guru-guru, Jabatan Pendidikan, pencetak, pengiklan) dan harus memberikan manfaat kepada guru-guru dan pelajar.

Amalan yang lazim di mana sekolah mengupahkan penerbitan majalahnya kepada pihak swasta dan tidak melibatkan para pelajar perlu dihentikan. Hal ini kerana penerbitan majalah sekolah harus menjadi peluang kepada guru-guru dan pelajar untuk melibatkan diri dari peringkat penulisan hinggalah pengedaran. Atas kesedaran untuk membekalkan ilmu kepada guru-guru tentang penghasilan majalah sekolah inilah, MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY akan menganjurkan KURSUS MENGURUSKAN PENERBITAN MAJALAH SEKOLAH.

 

objektif

  • Untuk memberi bimbingan kepada peserta tentang konsep, proses dan rangka kerja yang sebenar dalam penerbitan majalah sekolah.
  • Untuk memandu peserta dalam penerbitan majalah sekolah yang melibatkan penulisan laporan, penyuntingan bahan, eksploitasi bahan bukan teks, perekaan halaman, percetakan, pengiklanan, dan seterusnya pengedaran.
  • Untuk memberikan pilihan akan cara penerbitan majalah sekolah yang mudah menerusi teknologi yang ada.

sasaran peserta

  • Guru-guru yang ditugaskan untuk menguruskan penerbitan majalah sekolah
  • Pegawai pendidikan
  • Orang ramai yang berminat

 

bayaran

Yuran untuk menyertai bengkel ini ialah RM1,100 (tanpa penginapan); RM1,500 (penginapan twin sharing; RM2,000 (penginapan single). Bayaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh bengkel.

 

hubungi

Segala bayaran atau pertanyaan hendaklah diajukan kepada:

 

MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY

4A, Tkt 1, Jalan 7/1C, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tel: 03-89259085/013-3451700 Faks: 03-829202351

e-mel: mediumbooks@yahoo.com

laman web: www.mediumbooks.net

PENCERAMAH

PROF. MADYA DR MUS CHAIRIL SAMANI (UKM)

(Dr Mus Chairil merupakan seorang pakar dalam bidang pengeluaran penerbitan dan sering mengendalikan kursus dan latihan yang berkait dengan perekaan, penulisan, dan pengeluaran bahan terbitan. Antara buku yang dihasilkannya ialah Penulisan Rencana Berkesan dan Perekaan dan Pengeluaran).

PROF. MADYA DR HAMEDI MOHD ADNAN (UM)

(Dr Hamedi merupakan pakar dalam bidang penerbitan, penyuntingan dan pemasaran. Ia telah mengendalikan lebih 100 kursus dan latihan tentang penerbitan dan penulisan di Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Antara buku terbaharunya ialah Memahami Penerbitan Buku dan Memahami Penyuntingan Naskhah).

DR JENIRI AMIR (UNIMAS)

Beliau merupakan seorang penulis yang banyak menghasilkan tulisan dalam pelbagai medium. Beliau juga merupakan mantan Ketua Pengarang akhbar Utusan Sarawak dan aktif memberikan kursus penulisan dan penerbitan di seluruh negara.

KEMBALI KE LAMAN UTAMA

BIDANG PERBINCANGAN    

  • Memahami proses penerbitan majalah sekolah
  • Konsep majalah sekolah          
  • Jenis-jenis penulisan     
  • Bengkel penulisan laporan
  • Manipulasi bahan teks dalam majalah sekolah
  • Manipulasi bahan bukan teks    
  • Perekaan majalah sekolah    
  • Bengkel perekaan majalah sekolah
  • Memahami kos dan pendapatan untuk majalah sekolah
  • Strategi pemerolehan iklan majalah sekolah
  • Bengkel perekaan & projek penerbitan
  • Pembentangan projek penerbitan
  • Isu etika dan undang-undang
  • Majalah sekolah: strategi untuk penerbitan masa depan

 

 

    MEDIUM   

Books & Consultancy

TRAINING IN WRITING+PUBLISHING+RESEARCH+MEDIA

 

 

 

 

MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
NO. 4A, TINGKAT 1, JALAN 7/1C
SEKSYEN 7
BANDAR BARU BANGI, SELANGOR 43650

ph: 03-89259085
fax: 03-89202351
alt: 013-3451700